BIJAKTANI HIDROPONIK ASNAF DI PPR

Saiz Tulisan :
Admiror Gallery cannot create thumbnails in /var/www/maiwp.gov.my/i/plugins/content/admirorgallery/admirorgallery/thumbs/berita/2022/13092022/.
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08

mini WhatsApp Image 2022 09 13 at 12.39.59 PM 2 

BANDAR TUN RAZAK, 13 September - Buat julung kalinya, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melancarkan Program Bijaktani Hidroponik yang memberi peluang kepada asnaf di PPR memanfaatkan peluang untuk bertani secara moden, dan menjana pendapatan daripada hasil pertanian disamping melahirkan usahawan tani yang berdaya saing.

Melalui Program Bijaktani Hidroponik, seramai 30 peserta daripada golongan asnaf dipilih mewakili PPR Pinggiran Bukit Jalil 2, dalam kawasan Parlimen Bandar Tun Razak, untuk memulakan projek perintis tanaman hidroponik, antara tanaman yang diusahakan adalah; kangkung, sawi, sawi putih, salad bayam dan kailan.

Majlis Pelancaran Bijaktani Hidroponik telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Haji Idris Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama di PPR Pinggiran Bukit Jalil 2, Kuala Lumpur.

Menurut YB Menteri, usaha tersebut wajar dipuji kerana MAIWP telah melaksana dan mengetengahkan kepada masyarakat betapa kerajaan melalui agensi-agensi bertanggungjawab komited dalam membangunkan asnaf di Wilayah Persekutuan.

“Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada MAIWP dalam kesungguhan dan ketekunan menguruskan amanah zakat kepada golongan asnaf sehingga MAIWP berjaya mengekalkan budaya pengurusan kewangan terbaik dan profesional.

“Saya berharap, peserta terpilih dalam program sebegini, mengambil peluang untuk memajukan diri, selain dapat menjana pendapatan.

“Ambil kemahiran yang diajar, praktikkan dan mungkin suatu hari nanti anda mampu menjadi usahawan tani yang berjaya, “ nasihat YB Menteri kepada peserta Program Bijaktani Hidroponik yang menekuni ucapan beliau.

Pada program tersebut, MAIWP memperuntukkan RM556,220.00 bagi menjayakan pelaksanaannya di 6 buah PPR, melibatkan 150 asnaf seterusnya di 5 buah PPR lagi, iaitu; PPR Taman Mulia, dalam kawasan Parlimen Bandar Tun Razak dan PPR Seri Alam, dalam kawasan Parlimen Cheras, PPR Raya Permai, dalam kawasan Parlimen Bandar Tun Razak, PPR Hiliran Ampang, dalam kawasan Parlimen Ampang, dan PPR Batu Muda, dalam kawasan Parlimen Batu.

Hadir sama, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP dan Encik  Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

 

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!