KERJASAMA STRATEGIK MAIWP MEDIA PRIMA MESRA PELANGGAN

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2022 09 09 at 9.56.59 PM 1

PETALING JAYA, 9 September 2022 - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bersama Media Prima Berhad (MPB) menjalin kolaborasi dengan menjadikan MPB sebagai rakan kongsi media.

Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar berharap menerusi kerjasama ini kandungan berbentuk ilmiah seperti penyebaran berkaitan zakat dapat disajikan kepada penonton dengan lebih menarik dan berkesan.

MAIWP turut menyatakan hasrat agar melalui MPB kehidupan golongan asnaf sebagai penerima zakat dapat disiarkan kepada umum supaya masyarakat memahami konteks dan naratif yang ingin disampaikan.

Hadir mengiringi lawatan, Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Seri Syed Hussian AlJunid bersama Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima  dan Primework Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh.

Turut hadir bersama Pengerusi MAIWP, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Encik Mohd Nizam Yahya dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP, Encik Mahadi  Sukarno.

Sempena lawatan tersebut, delegasi MAIWP berpeluang melawat operasi konti radio dan studio Buletin Utama TV3.

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!