KAGAT DAN ANAK-ANAK ATM WP TERIMA SUMBANGAN MAIWP

Saiz Tulisan :

 mini WhatsApp Image 2022 09 09 at 4.06.02 PM 2

SETIAWANGSA, 9 September 2022 - MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) memperuntukkan RM0.5 juta kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khusus untuk Program Ilmu & Muafakat (PIKAT) oleh Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dan komputer riba buat pengajian anak-anak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wilayah Persekutuan.

Sebanyak 350 buah laptop disumbangkan kepada anak-anak ATM yang tergolong dalam golongan B40 yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan, iaitu; Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Manakala RM150,000.00 disumbangkan bagi membiayai PIKAT yang dilaksanakan oleh KAGAT.

Sumbangan ini menunjukkan sikap keprihatinan kerajaan khususnya MAIWP dan organisasi ATM dalam memelihara aspek kebajikan anggota ATM. 

Majlis penyerahan cek cura komputer riba telah disampaikan oleh Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP kepada  YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi Buang, TUDM Panglima Angkatan Tentera Malaysia di Masjid Khalid Al-Walid, Kementerian Pertahanan Malaysia, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!