PMA MAIWP LAHIRKAN DAIE FAKIH

Saiz Tulisan :
Admiror Gallery cannot create thumbnails in /var/www/maiwp.gov.my/i/plugins/content/admirorgallery/admirorgallery/thumbs/berita/2022/24082022/.
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08

mini WhatsApp Image 2022 08 24 at 10.17.10 PM

TITIWANGSA, 24 Ogos 2022 – Pondok Moden Al-'Abaqirah (PMA)  Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melakar detik sejarah apabila seramai 50 graduan dianugerahkan sijil sempena ‘Haflu Al-Takharruj’ kali ke-3 tahun 2022 di Hotel Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur di sini sebentar tadi.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Haji Idris Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama yang turut menyampaikan Sijil dan Anugerah Graduasi kepada graduan PMA.

'Haflu Al-Takharruj' merupakan Majlis Graduasi yang dijalankan setiap tahun bagi memberi penganugerahan Syahadah Ulya dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) kepada para pelajar yang telah menamatkan pengajian di PMA.

Walaupun belum mencapai sedekad, lepasan PMA terbukti mempunyai kebolehpasaran yang tinggi dan majoriti daripada mereka melanjutkan pelajaran dalam dan luar negara seperti Arab Saudi, Jordan dan Mesir.

Menurut YB Menteri ketika ditemui berharap agar majlis ini akan tingkatkan semangat pelajar PMA yang masih belajar untuk terus menuntut ilmu dan mencapai kejayaan seperti yang dicapai oleh graduan kita pada hari ini.

“Semoga Pondok Moden Al-'Abaqirah  dan    Ma'alim Al-Sunan Li Dirasati Al-Sunnah Al-Nabawiyyah (MSN) terus dapat melahirkan generasi ‘daie’ lagi ‘faqih’, teguh jati dan berpekerti  unggul”, ujar YB Menteri.

MAIWP sentiasa komited dalam pembangunan insan di kalangan asnaf Wilayah Persekutuan.

Pada tahun ini, MAIWP telah memperuntukkan bajet sebanyak RM 176.69 juta untuk tujuan pendidikan melalui Bahagian Pembangunan Insan MAIWP.

Tambahan juga, tahun ini Kementerian Kewangan telah meluluskan bajet pembinaan bangunan SMA MAIWP Labuan sebanyak RM65 juta yang mampu menampung sehingga 600 pelajar setahun berbanding 250 pelajar sekarang.

Turut hadir memeriahkan majlis Prof Dr. Mohd Roslan Mohd Noor, Pengerusi Lajnah Al-Irsyad MAIWP dan Encik Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Esekutif MAIWP.

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!