MAIWP DAN INSKEN METERAI MoA BANTU ASNAF

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2022 08 20 at 2.48.38 AM 1 

SHAH ALAM, 19 Ogos 2022 - YB Tan Sri Noh bin Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, hadir menyaksikan pemeteraian pertukaran memorandum  perjanjian (MoA) antara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan Institut Keusahawanan Negara  Berhad (INSKEN) di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam, Selangor di sini.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)  memperuntukkan RM 1.758 juta khusus untuk membantu 300 usahawan terpilih yang akan menjalankan kursus secara berperingkat.

Secara purata peruntukkan tersebut melibatkan kos kursus dan modal permulaan sebanyak RM5,860.00 setiap peserta.

Kursus dikendalikan oleh Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) atas tujuan membuka peluang kepada usahawan menambah ilmu, kemahiran dalam perniagaan dan menjana pendapatan tambahan keluarga.

Majlis Pertukaran Memorandum Perjanjian antara MAIWP dan INSKEN telah diwakili oleh Encik Mahadi Sukarno, Timbalan Ketua  Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP dan Encik Muhd Firdaus Azharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN.


AdmirorGallery 5.0.0, author/s Vasiljevski & Kekeljevic.
Secured & Audited by: Security Audit Systems
FaLang translation system by Faboba