MEMBUDAYAKAN AL-QURAN DALAM KEHIDUPAN
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
SEGAMBUT, 15 Ogos 2022 - Seramai 120 peserta Jom Celik Al-Quran telah diraikan pada Majlis Khatam Al-Quran kali ke-2.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Haji Idris Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah, Kuala Lumpur.
YB Senator Datuk Haji Idris Haji Ahmad dalam ucapannya berkata:
“Pembudayaan Al-Quran perlu disemai dalam hidup setiap umat Islam.
"Tahniah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kerana telah melahirkan Program Jom Celik Al-Quran.
“Melalui program sebegini masyarakat Islam terbentuk secara syumul dalam semua dimensi", ujar YB Menteri.
Pada majlis tersebut turut disampaikan sijil penyertaan, senaskah Al-Quran dan cenderahati kepada para peserta.
Bermatlamatkan ‘dari buta ke celik Al-Quran’, MAIWP dalam usaha memastikan umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan boleh membaca Al-Quran.
Demi memartabatkan qalam Al-Quran, MAIWP dengan kerjasama Institut Pengajian Al-Quran (IPAQ) telah menganjurkan program ini buat julung kalinya pada tahun 2020 dan berjaya melahirkan 120 Khatam Al-Quran.
Turut hadir Encik Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP dan Tuan haji kasmuri bin sukardi, ahli lembaga pemegang amanah (IPaQ).