MAIWP RANCANG TUBUH MAJLIS PERUNDINGAN KEWANGAN SOSIAL ISLAM
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
SUNWAY PUTRA, 11 Ogos 2022 - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) merancang mewujudkan Majlis Perundingan Kewangan Sosial Islam bersama rakan strategik bagi memperkasa dan meneroka sumber dana baharu untuk manfaat masyarakat.
Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP berkata, program tersebut akan dimulakan tahun ini di Wilayah Persekutuan sebelum diperluaskan ke negeri-negeri lain.
Tambah beliau, penubuhan jawatankuasa ini akan menjadi medium diskusi bertaraf nasional antara MAIWP bersama rakan strategic, seperti; syarikat korporat, institusi pendidikan dan kewangan serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebagai nilai tambah kepada perkhidmatan sedia ada.
MAIWP akan menguar-uarkan pelan dan tindakan yang dilakukan.
MAIWP juga akan melihat sumber am negara yang boleh digunakan oleh MAIWP selain dana zakat serta wakaf.
Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata demikian pada program Diskusi MAIWP: Instrumen Kewangan Islam Dalam Organisasi yang berlangsung di Hotel Sunway Putra, Kuala lumpur.
“Cadangan ini akan dibawa dalam mesyuarat di peringkat MAIWP pada 23 Ogos ini untuk dibincangkan.
“Jika diluluskan, kertas kerja akan dibuat disusuli penetapan anggota-anggota terlibat mewakili MAIWP dan syarikat korporat, pakar Islam, GLC serta kementerian seperti Kementerian Kewangan.
“Sasaran MAIWP agar cadangan berkenaan dapat disiapkan pada tahun ini,” ujarnya.