FUTURE CLASSROOM - DOMINASI TEKNOLOGI IR 4.0
DARUL KIFAYAH, 4 Ogos 2022 - Hasrat MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) sebagai pemangkin teras dalam bidang pendidikan dengan memperkasa kemahiran ICT dan Pelaksanaan Teknologi IR 4.0 direalisasikan melalui Penubuhan Future Classroom.
Berkonsep futuristik dan menghasilkan proses pengajaran secara efektif dengan menggunakan peralatan teknologi bagi menyokong Flipped Classroom yang merupakan suatu pedagogi berpusatkan agar pelajar dapat membuat pembentangan secara terus di dalam bilik darjah.
Majlis Pelancaran Future Classroom telah disempurnakan oleh Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP di Dewan Darul Kifayah, Batu Muda, Kuala Lumpur.
Tan Sri Pengerusi ketika merasmikan majlis berkata:
“Blueprint pendidikan MAIWP merupakan pemangkin teras dalam Pelan Strategik MAIWP 2021-2025 bagi merencanakan pendidikan lebih efisien.
"Sesi Pembelajaran melalui Future Classroom menjadikan pelajar menjadi aktif dan tidak lagi pasif ketika proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) berlangsung.
“Selain itu, warga pendidik juga dilihat telah bersedia mendepani Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) dengan mengaplikasikan penggunaan digital ketika proses pengajaran di bilik darjah untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan," ujar beliau.
Future Classroom akan digunapakai oleh tiga buah institusi pendidikan MAIWP, iaitu; Pondok Moden Al-‘Abaqirah, Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) dan MAIWP Kids.