PENGERUSI MAIWP DIALOG BERSAMA 72 NGO

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2022 08 03 at 2.28.36 PM 

PWTC, 3 Ogos 2022 - Dialog antara pengerusi MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) bersama 72 wakil NGO (badan bukan kerajaan) bagi merungkai dan berkongsi idea untuk memantapkan institusi zakat khususnya di Wilayah Persekutuan dan amnya  negara kita.

Perbincangan bukan sahaja, berkaitan tentang zakat tetapi juga meliputi pelbagai isu yang melibatkan masalah sosial, kemasyarakatan, asnaf, hala tuju persatuan dan tindakan susulan yang telah dan sedang dilaksanakan oleh MAIWP hasil resolusi bersama NGO pada tahun 2021.

Sesi bersemuka diketuai oleh Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Beberapa perkara dibangkitkan oleh NGO untuk kemaslahatan bersama MAIWP-NGO:

#Merungkai dan mencadangkan langkah strategik untuk memantapkan lagi hubungan bagi melaksanakan projek-projek ke depan.

#Mencadangkan mewujudkan kluster khusus bagi memudahkan NGO membantu MAIWP, antaranya; Kluster Kesihatan, Kluster Akademik, Kluster Mualaf dan Kluster Sosial.

#Mencadangkan beberapa idea dan solusi bersifat komprehensif, memantapkan urusan membantu asnaf supaya dapat dilaksanakan untuk tempoh-tempoh tertentu; Jangka masa pendek, pertengahan dan jangka masa panjang.

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!