IMAM LABUAN - 'MINGU BIN MATNOH', TOKOH IMAM WP

Saiz Tulisan :

‘Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran,’ tema Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Tahun 1444H / 2022

 mini WhatsApp Image 2022 08 02 at 2.59.16 PM 1

MASJID WILAYAH, 2 Ogos 2022 - Bertemakan  “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”, Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Tahun 1444H / 2022 telah dianjurkan dengan meriah dan dihadiri hampir seribu orang di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah, Kuala Lumpur.

Konsep ini adalah bertepatan dengan semangat hijrah yang menyerlahkan nilai-nilai kesatuan dan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Tahun 1444H / 2022 telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Haji Idris Ahmad Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

YB Senator Datuk Haji Idris Ahmad dalam ucapannya berkata, MAIWP amat komited membantu golongan asnaf dan pihak yang memerlukan.

“MAIWP telah menagihkan RM 355.93 juta dana zakat bagi tempoh 1 Januari 2022 sehingga 30 Jun 2022 kepada asnaf dan mereka yang berkelayakan melalui 30 Skim Bantuan yang disalurkan oleh MAIWP.

“MAIWP juga amat komited turun padang menyantuni masyarakat di Wilayah Persekutuan berkongsi masalah yang dihadapi mereka dan menawarkan bantuan yang sepatutnya.

"Saya amat menghargai usaha-usaha yang dilakukan, khususnya pihak MAIWP dan JAWI dalam menyantuni golongan asnaf dan pihak-pihak yang terjejas akibat krisis kesihatan COVID-19.

“MAIWP dan JAWI begitu komited dan bersungguh-sungguh turun ke padang membantu golongan yang memerlukan," ucap beliau.

Dalam majlis tersebut, YB Senator Datuk Haji Idris turut menyampaikan 5 Anugerah Tokoh Maal Hijrah Wilayah Persekutuan, iaitu; Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz penerima Anugerah Tokoh Utama , Encik Shah Kirit Kalkulal Govindji penerima Anugerah Khas Pendakwah Mualaf,  Tan Sri Dato’ Azman Hashim penerima Anugerah Khas Korporat,  Dato’ Profesor Dr. Mohd Yakub@ Zulkifli bin Haji Mohd Yusoff penerima Anugerah Khas Ilmuwan dan Tuan Haji Mingu bin Matnoh penerima Anugerah Khas Imam.

Tahniah diucapkan kepada para penerima Anugerah

 

mini_WhatsApp_Image_2022-08-02_at_2.59.16_PM_1.jpegWhatsApp_Image_2022-08-02_at_2.59.12_PM.jpegWhatsApp_Image_2022-08-02_at_2.59.13_PM_1.jpegWhatsApp_Image_2022-08-02_at_2.59.13_PM.jpegWhatsApp_Image_2022-08-02_at_2.59.13_PM_2.jpegWhatsApp_Image_2022-08-02_at_2.59.14_PM_1.jpegWhatsApp_Image_2022-08-02_at_2.59.14_PM.jpegWhatsApp_Image_2022-08-02_at_2.59.15_PM_2.jpegWhatsApp_Image_2022-08-02_at_2.59.16_PM_1.jpegWhatsApp_Image_2022-08-02_at_2.59.16_PM_2.jpegWhatsApp_Image_2022-08-02_at_2.59.15_PM.jpegWhatsApp_Image_2022-08-02_at_2.59.15_PM_1.jpegWhatsApp_Image_2022-08-02_at_2.59.16_PM.jpegWhatsApp_Image_2022-08-02_at_2.59.17_PM.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!