AGONG BERKENAN RASMI PUSAT HEMODIALISIS YASA KE-4

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2022 07 28 at 11.18.46 PM 1

Taman Melati, 28 Julai - Prihatin terhadap nasib pesakit buah pinggang yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan rawatan hemodialisis, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (SPB YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menubuhkan sebuah lagi Pusat Hemodialisis Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) di Taman Melati, Setapak, Kuala Lumpur.  

Menurut kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin majlis perasmian berkenaan adalah bersempena ulang tahun hari keputeraan Seri Paduka yang ke-63 pada Sabtu ini.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan), JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) , agensi-agensi kerajaan yang terlibat, syarikat-syarikat swasta, para dermawan dan pihak jawatankuasa masjid atas sumbangan dan usaha dalam menjayakan penubuhan Pusat Hemodialisis YASA.

“Seri Paduka Baginda menyeru lebih ramai individu dan banyak lagi pihak swasta untuk tampil membantu golongan sasar mendapatkan rawatan hemodialisis menerusi tajaan dan subsidi rawatan, lebih-lebih lagi ketika ini rakyat masih lagi terkesan impak pandemik COVID-19 kepada sosioekonomi mereka,” ucap beliau.

Turut berangkat Tengku Panglima Raja, Kol. Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. 

Mengiringi baginda YB Senator Datuk Haji Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar Menteri Kesihatan, YB Dato' Seri Dr. Shahidan Bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan dan Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP.

Pusat Hemodialisis YASA Taman Melati, adalah pusat hemodialisis keempat ditubuhkan oleh YASA  selepas pusat hemodialisis yang pertama di Cheras, Kuala Lumpur dibuka 7 Ogos 2019, di Setiawangsa, Kuala Lumpur dibuka 12 Ogos 2020 dan di Pekan, Pahang dibuka pada 11 Disember 2021.

Pusat Hemodialisis YASA Taman Melati, beroperasi pada Isnin hingga Sabtu dari 8 pagi hingga 5 petang dengan 12 mesin dialisis.

mini_WhatsApp_Image_2022-07-28_at_11.18.46_PM_1.jpegWhatsApp_Image_2022-07-28_at_11.18.43_PM_3.jpegWhatsApp_Image_2022-07-28_at_11.18.43_PM.jpegWhatsApp_Image_2022-07-28_at_11.18.44_PM_1.jpegWhatsApp_Image_2022-07-28_at_11.18.44_PM_2.jpegWhatsApp_Image_2022-07-28_at_11.18.45_PM.jpegWhatsApp_Image_2022-07-28_at_11.18.44_PM.jpegWhatsApp_Image_2022-07-28_at_11.18.45_PM_1.jpegWhatsApp_Image_2022-07-28_at_11.18.46_PM.jpegWhatsApp_Image_2022-07-28_at_11.18.46_PM_2.jpegWhatsApp_Image_2022-07-28_at_11.18.46_PM_1.jpegWhatsApp_Image_2022-07-28_at_11.18.47_PM.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!