BENGKEL PEMERKASAAN DIGITALISASI MAIWP-GOOGLE

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2022 07 28 at 1.38.12 PM 1

Kuala Lumpur, 27 Julai  - Rentetan Perjanjian Persefahaman (MoU) antara MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) dan Google Malaysia, Bahagian Pembangunan Insan (BPI)  MAIWP mengambil inisiatif menganjurkan Workshop MAIWP - Google bertempat di Ballroom 2, Premiera Hotel, Medan MARA, Kuala Lumpur.

Bengkel dikendalikan oleh Google Malaysia, diketuai oleh Mr Raja Azmi Adam, Director Public Sector Sales - Google Cloud Malaysia.

Pembentangan, antaranya; berkaitan peranan dan fungsi Google Malaysia dalam membangun platform berpusat serta mengikut piawaian Antarabangsa.

Bengkel sehari ini seiring dengan idea YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan MAIWP bagi mewujudkan Pusat Digitalisasi Pendidikan MAIWP atau MAIWP Digital Education Center (MAIDEC) selaras dengan Blueprint Pendidikan MAIWP 2021-2025.

Pada sebelah petang, peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kluster, iaitu; Pendidikan, Kesihatan dan Pengurusan. 

Setiap kumpulan dikehendaki mengenalpasti masalah dan merungkai penyelesaian dengan menggunakan teknologi digitalisasi dalam membangunkan sistem pengurusan pada semua golongan berkaitan agar lebih efisyen dan sistematik.

Melalui kerjasama MAIWP-GOOGLE dapat memperkemaskan lagi gerak kerja Pusat Digitalisasi MAIWP (MAIDEC).

Bengkel dijayakan dengan penyertaan pengurusan kanan syarikat-syarikat milik MAIWP, pengurus-pengurus Bahagian dan pegawai kanan MAIWP.

mini_WhatsApp_Image_2022-07-28_at_1.38.12_PM_1.jpegWhatsApp_Image_2022-07-28_at_1.38.14_PM.jpegWhatsApp_Image_2022-07-28_at_1.38.13_PM_1.jpegWhatsApp_Image_2022-07-28_at_1.38.12_PM_2.jpegWhatsApp_Image_2022-07-28_at_1.38.13_PM.jpegWhatsApp_Image_2022-07-28_at_1.38.12_PM_1.jpegWhatsApp_Image_2022-07-28_at_1.38.12_PM.jpegWhatsApp_Image_2022-07-28_at_1.38.11_PM.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!