RM9.72 JUTA DISALURKAN KE UCMI MENDIDIK ANAK ASNAF
Jalan Tangsi, 28 Julai - sebanyak RM9.72 juta diperuntukkan oleh MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) kepada 180 pelajar UCMI (Universiti College MAIWP International ) yang terdiri daripada anak asnaf dan B40.
Biasiswa tersebut meliputi tajaan penuh yuran pengajian, penginapan dan pengangkutan pelajar sepanjang mengikuti pengajian di UCMI.
Penerima biasiswa juga diberikan wang saku bulanan sebanyak RM500.00 sebulan sepanjang tempoh pengajian bagi menampung kos sara hidup pelajar.
Melalui biasiswa ini, MAIWP berharap anak-anak asnaf dapat melakar kejayaan dan menjadi aspirasi MAIWP ‘Satu Keluarga, Satu Ijazah’ dapat direalisasikan.
UCMI merupakan institusi Pendidikan milik penuh MAIWP menawarkan 30 program pengajian dalam bidang Kejururawatan, Farmasi, Sains Kesihatan, Pengurusan, Pendidikan dan Kemanusiaan.