PENJENAMAAN UCMI MEMACU PENDIDIKAN MAIWP
Jalan Tangsi, 27 Julai - Penjenamaan semula PICOMS (PUSRAWI International College of Medical Sciences) kepada UCMI (University College MAIWP International) telah dirasmikan oleh YB Senator Datuk Haji Idris Haji Ahmad, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Dewan Utama UCMI Kampus Bandar, Jalan Tangsi, Kuala Lumpur.
Penjenamaan ini akan meningkatkan kualiti dan penanda aras pendidikan setanding dengan institusi pengajian tinggi yang lain.
Penjenamaan UCMI mampu meningkatkan taraf pendidikan dalam setiap program yang ditawarkan.
Selaras dengan Pelan Strategik MAIWP 2021-2025, pengurusan universiti mensasarkan pencapaian penuh pada tahun 2023.
Sehingga kini, sebanyak 30 program ditawarkan dengan jumlah penuntut 3,000 orang.
Antara kejayaan UCMI, dapat menghantar alumni UCMI bekerja di pasaran antarabangsa seperti Jerman dan Jepun di dalam bidang Geriatric Home.
YB Menteri juga merakamkan ucapan penghargaan kepada pihak MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) dan UCMI serta seluruh warga kerja dalam menjayakan penjenamaan tersebut.
Beliau berbesar hati apabila UCMI dinaik taraf sebagai universiti penuh di bawah MAIWP, secara langsung menarik minat anak-anak Asnaf untuk menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi.