PROGRAM HAJI CILIK VARIASI PENDIDIKAN MAIWP
Pandan, 26 Julai - Permata MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) dengan kerjasama Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) memacu institusi pendidikan MAIWP, membawa kepada kejayaan dengan mengadakan program PdPc (Pengajaran dan Pemudahcaraan) Berpusat Haji Cilik Tadika Permata MAIWP 2022 di KPBKL dan IKB.
Seramai 4,999 orang murid menyertai Program Haji Cilik yang dilaksanakan secara fizikal dan dipancarkan secara langsung melalui Facebook Tadika Permata MAIWP untuk diikuti bersama oleh semua murid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Seramai 51 orang murid Permata MAIWP At-Taufiqiah dan Permata MAIWP Nurus Saadah mengikuti program secara fizikal di perkarangan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) MAIWP dan selebihnya menonton melalui atas talian.
Program ini dibimbing oleh 3 pensyarah dan 10 pelajar KPBKL MAIWP menjadi urusetia mengendalikan program Haji Cilik ini.
Program ini bertujuan memenuhi tuntutan Blue Print Pendidikan MAIWP 2022-2025.
Ia merupakan program Haji Cilik pertama sebagai asas sebelum dianjurkan oleh tadika-tadika MAIWP yang lain.
Melalui kerjasama daripada pelbagai institusi Pendidikan MAIWP dapat mempelbagaikan variasi pendidikan MAIWP.
Encik Mohd Fauzi Bin Abidin, Pengurus Bahagian Pembangunan Insan MAIWP telah menyempurnakan penutupan Program PdPc berpusat Haji Cilik Permata MAIWP 2022 yang memberi banyak manfaat kepada pelajar-pelajar Permata MAIWP.