MAIWP, AXIATA PERLUAS BAKAT ASNAF
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
Bangsar, 21 Julai - Kerjasama strategik antara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan AXIATA diadakan sempena kunjungan hormat Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar dan rombongan di pejabat AXIATA bagi memperhalusi cadangan dan idea bersama demi kelestarian Asnaf di Wilayah Persekutuan.
Perbincangan dua hala antara Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan, Pengerusi AXIATA dan pengerusi MAIWP, beberapa program bakal dimeterai, antaranya; Program Pembangunan akademik, usahawan di kalangan asnaf dan golongan B40.
Kerjasama juga turut ditekankan menggunakan medium AXIATA membantu asnaf mempromosikan produk mereka dan berkongsi teknologi digital.
MAIWP sentiasa mengorak langkah mempelbagaikan usaha dalam membantu asnaf hingga berjaya dan pastinya kerjasama ini akan digerakkan dalam masa terdekat.