USAHAWAN MAIWP TERIMA SIJIL HALAL JAKIM

Saiz Tulisan :

 mini WhatsApp Image 2022 07 21 at 5.23.30 PM 1

Putrajaya, 21 Julai - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah meluluskan Pensijilan Halal kepada seramai 14 Usahawan MAIWP yang diserahkan kepada mereka  sebentar tadi.

Kejayaan itu membawa satu anjakan baharu dalam misi memperkasa kesedaran halal Malaysia di kalangan pengusaha baru khususnya golongan asnaf.

Kursus yang dilaksanakan selama 3 hari bermula 20 Julai 2022, diwujudkan sebagai salah satu usaha dan komitmen kerajaan bagi membantu para usahawan dalam memahami prosedur pensijilan halal agar mereka benar-benar bersedia sebelum memohon pensijilan halal Malaysia.

Program ini antara lain membawa pendekatan yang cukup berhikmah bersama usahawan Asnaf yang terlibat dan secara tidak langsung memberi kesedaran terhadap nilai sijil halal Malaysia yang cukup ‘mahal’ bagi memperkasa perusahaan mereka.

Pengiktirafan  JAKIM ini merupakan kesinambungan hasrat yang diutarakan oleh usahawan kepada Agensi Pembimbing iaitu pihak MAIWP agar mereka diberi satu platform untuk mengenali Pensijilan Halal Malaysia sebagai satu persiapan dan persediaan sebelum melangkah ke arah pensijilan halal Malaysia.

Encik Bukhari Md Akhir, Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAKIM merakamkan penghargaan atas kerjasama daripada pihak MAIWP yang berjaya mengumpulkan usahawan asnaf untuk menyertai program yang diadakan oleh pihak JAKIM. 

Beliau turut menyatakan bahawa usaha ini sangat baik untuk dilaksanakan bersama agensi-agensi pembimbing usahawan agar impak yang diterima lebih besar selain daripada agensi-agensi terlibat dapat berperanan sebagai pemudah cara dan pegawai rujukan kepada usahawan di bawah bimbingan mereka dalam memahami konteks pensijilan halal secara berkesan dan menyeluruh.


AdmirorGallery 5.0.0, author/s Vasiljevski & Kekeljevic.
Secured & Audited by: Security Audit Systems
FaLang translation system by Faboba