STRATEGIK MAIWP-TNB UNTUK ASNAF
Bangsar, 29 Jun - Kunjungan hormat Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, pengerusi MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) ke ibu pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kuala Lumpur, demi memperhalusi cadangan dan idea bersama untuk kelestarian Asnaf Wilayah Persekutuan.
Perbincangan dua hala antara pengerusi MAIWP dengan Pengerusi TNB, Dato’ Sri Hasan Arifin, serta pegawai-pegawai MAIWP-TNB, beberapa kerjasama strategik dimeterai, antaranya; penajaan pelajar dari golongan B40 dan anak Asnaf bagi mengikuti program di Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI), Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
Disamping penganjuran program khusus bagi meningkatkan tahap akademik pelajar, tetapi juga penempatan pelajar-pelajar tajaan MAIWP untuk Latihan Industri di TNB.
Selain itu, Pengerusi TNB menzahirkan harapan dan kemampanan ummah melalui penubuhan Tabung Wakaf TNB agar manfaat wakaf dinikmati oleh warga TNB di seluruh negara terutama golongan Asnaf dan B40.
Lawatan strategik ini dianggap berjaya, banyak ‘input’ dan ‘output’ dikongsi dan ia akan digerakkan dalam masa terdekat.
MAIWP terus mengorak langkah mempelbagaikan usaha dalam memperjuangkan asnaf khususnya di Wilayah Persekutuan dan negara kita amnya.