PERUBAHAN DEMI KELESTARIAN AMANAH

Saiz Tulisan :

mini 289827010 7831382573600036 5766324439800477409 n2

Kuala Lumpur, 24 Jun - "Jangan teruskan apa yang biasa dilakukan, tapi bawalah perubahan demi memperkasakan Ummah di Wilayah Persekutuan".

Perkara ini ditekankan oleh Encik Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan MAIWP Jun 2022 yang diadakan di Ibu pejabat MAIWP Kuala Lumpur.

Tambah beliau, kedudukan yang selesa harus dilupakan dan bawa perubahan baharu dalam etika pekerjaan agar kerja yang dilaksanakan dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.

Pastinya segala yang direncanakan organisasi dapat dicapai dan kedudukan asnaf di Wilayah Persekutuan dapat terus disantuni dan dibimbing agar mereka dapat keluar dari kepompong kemiskinan.

Seramai lapan pegawai MAIWP diraikan sebagai penerimaan Anugerah Pegawai Berprestasi Bulanan (APBB) bagi bulan Mac dan April 2022.

Turut diraikan, warga MAIWP yang telah berjaya mengharumkan dan membawa nama MAIWP dalam sukan boling dan sukan bola jaring di peringkat MAKSWI 2022 dan MAKSAK 2022.

Hadir sama Encik Mahadi Sukarno, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan ) MAIWP.

mini_289827010_7831382573600036_5766324439800477409_n2.jpg


AdmirorGallery 5.0.0, author/s Vasiljevski & Kekeljevic.
Secured & Audited by: Security Audit Systems
FaLang translation system by Faboba