PTPTN UNTUK 5,000 DARI KALANGAN ANAK ASNAF

Saiz Tulisan :
Admiror Gallery cannot create thumbnails in /var/www/maiwp.gov.my/i/plugins/content/admirorgallery/admirorgallery/thumbs/berita/2022/23062022-2/.
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08

mini WhatsApp Image 2022 06 23 at 3.45.00 PM 2 

Kuala Lumpur, 23 Jun - Berita gembira buat anak asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) telah memperuntukkan RM25 juta khusus buat 5,000 penerima di kalangan ana-anak asnaf yang layak untuk menerima tabung Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Prime.

MAIWP akan menyalurkan dana berbentuk simpanan kepada anak-anak penerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP seawal usia satu tahun bermula tahun 2022 hingga tahun 2026 dengan jumlah bantuan RM5,000 untuk setiap seorang secara ‘one-off’.

Setiap tahun MAIWP akan menyenaraikan 1,000 penerima di kalangan anak asnaf.

Manakala untuk tempoh lima tahun, seramai 5,000 anak asnaf bakal dibantu dan menerima manfaat ini.

Anak asnaf bakal manfaatkan bantuan ini setelah usia mereka mencapai 18 tahun iaitu ketika fasa menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi.

Menerusi Simpanan SSPN Prime pelbagai keistimewaan  dan manfaat disediakan antaranya kadar dividen yang kompetitif, pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih hingga RM8,000.00 setahun, Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, perlindungan takaful secara percuma, simpanan yang dijamin kerajaan dan patuh syariah.

mini_WhatsApp_Image_2022-06-23_at_3.45.00_PM_2.jpegWhatsApp_Image_2022-06-23_at_3.44.58_PM_1.jpegWhatsApp_Image_2022-06-23_at_3.45.00_PM_2.jpegWhatsApp_Image_2022-06-23_at_3.45.00_PM.jpegWhatsApp_Image_2022-06-23_at_3.45.02_PM.jpegWhatsApp_Image_2022-06-23_at_3.44.56_PM.jpegWhatsApp_Image_2022-06-23_at_3.44.57_PM_1.jpegWhatsApp_Image_2022-06-23_at_3.45.01_PM.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!