PELAN STRATEGIK MAIWP 2021-2025
Kuala Lumpur, 23 Jun - MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) melancarkan Pelan Strategik MAIWP (PSM) 2021 - 2025 dan Manfaat Kewangan Asnaf yang dirasmikan secara virtual oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah di Kuala Lumpur Convention Centre.
Pelan ini secara zahirnya dapat melestarikan sistem penyampaian perkhidmatan MAIWP kepada masyarakat di Wilayah Persekutuan berpaksikan pengurusan kemiskinan yang komprehensif dan menyeluruh terutama menerusi dana zakat, wakaf dan sumber am.
Bertemakan idea “Empowering & Enterprising” dan bertunjangkan enam teras strategik utama akan mengupayakan MAIWP untuk mengupayakan komuniti MAIWP dan bertindak secara enterprise atau perniagaan sebagai dua sayap utama MAIWP.
Enam teras tersebut ialah pembangunan potensi asnaf, penjanaan sumber ekonomi Islam, pembangunan hartanah (Islamic City), pemerkasaan modal insan, engagement bersama komuniti, ekosistem MAIWP Economic Chain dan Transformasi Digital.
Pemangkin utama Pelan Strategik MAIWP 2021-2025 adalah berdasarkan empat dokumen penting iaitu Blueprint Pembangunan Asnaf, Blueprint Pendidikan, Blueprint Pembangunan Hartanah dan Blueprint Pendigitalan.
Menerusi PSM, MAIWP bergerak pantas, proaktif dan sentiasa cakna dengan denyut nadi ummah.
Hadir memyempurnakan gimik pelancaran YB Menteri Datuk Haji Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Turut hadir mengiringi YB Menteri, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP, Encik Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP dan barisan tertinggi yang terdiri daripada Ahli MAIWP.