DANA PELABURAN ASB ASNAF
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
Kuala Lumpur, 23 Jun - MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) pada hari ini menjalinkan kerjasama bersama Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam mewujudkan dana pelaburan menerusi Amanah Saham Bumiputera (ASB).
Seramai 1,000 asnaf terdiri daripada ketua keluarga akan mendapat manfaat setiap tahun untuk tempoh 5 tahun.
Keseluruhan sumbangan terhadap program ini adalah sebanyak RM4,000 di mana MAIWP menyumbangkan RM3,000 dan PNB menyumbangkan RM1,000.
Keseluruhan dana Tabung Amanah Saham Bumiputera ini melibatkan perbelanjaan sebanyak RM20 juta di mana MAIWP memperuntukkan RM15 juta dan PNB sebanyak RM5 juta kepada 5,000 ketua keluarga asnaf.
Penerima bantuan melalui program ini boleh menggunakan wang tersebut dengan sebaiknya setelah tamat tempoh matang 5 tahun.