MAIWP, YSS DAN KPT PERKASA KOMUNITI PPR INTAN BAIDURI
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
Intan Baiduri, 19 Jun - MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) dengan kerjasama Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang melaksanakan Projek Pusat Internet Komuniti PPR Intan Baiduri atau lebih dikenali sebagai Projek Pemerkasaan Komuniti, Kesepaduan Ummah.
Projek ini dijalankan atas dasar tanggungjawab untuk membina keyakinan di kalangan pelajar bagi meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi agar mereka dapat membantu keluarga dan keluar daripada kepompong kemiskinan.
MAIWP turut membuka kaunter pendaftaran bertujuan menyantuni golongan yang memerlukan bantuan yang ditawarkan terdiri daripada 30 Skim Bantuan.
Pengisian program turut diserikan dengan kehadiran pihak PERKESO, di mana peluang pekerjaan dibuka kepada warga PPR Intan Baiduri yang hadir.
Pastinya program sebegini sentiasa dinanti-nanti oleh golongan asnaf dan B40 kerana program ini dapat menyantuni tiga lapisan masyarakat iaitu pendidikan, usahawan dan peluang kerjaya.
Manfaatkan peluang yang diberikan sebaik mungkin.