PELAJAR MAIWP LULUS 100% SPM 2021
Kuala Lumpur, 17 Jun 2022 – Institusi pendidikan MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) menunjukkan prestasi cemerlang apabila dua daripada institusinya; Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) berada di tangga ke 9 daripada rangking ke 180 di bawah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), manakala Sekolah Menengah Agama MAIWP Kuala Lumpur (SMA-MAIWP) berada di tangga ke 11.
Seramai 249 pelajar menduduki peperiksaan SPM tahun 2021, meliputi Sekolah-sekolah Menengah Agama MAIWP; SMA-MAIWP Kuala Lumpur, Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) Kuala Lumpur, Pondok Moden Al-"Abaqirah (PMA) Kuala Lumpur, Ma'alim Al-Sunan Li Dirasati Al-Sunnah Al-Nabawiyah Kuala Lumpur dan SMA- MAIWP Labuan.
Lima daripada institusi ini, seramai 4 pelajar memperoleh 12A, 15 pelajar memperoleh 11A, 20 pelajar memperoleh 10A dan 14 pelajar memperoleh 14A.
Secara keseluruhan Prestasi Gred Purata Sekolah (GPS) bagi Institusi pendidikan MAIWP menunjukkan peningkatan sehingga kelulusan 100 peratus
Bagi pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang, MAIWP akan terus membantu mereka melalui Bantuan Am Pelajaran IPT dan Inisiatif Khas Pelajar Cemerlang.
MAIWP akan menyalurkan bantuan kepada mereka meliputi bidang yang mereka inginkan seperti bidang kejuruteraan, bidang akauntan, bidang kedoktoran dan lain-lain agar MAIWP dapat melahirkan perintis pelapis negara.