MAIWP MENERIMA PELANTIKAN AHLI MAIWP BAHARU

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2022 06 15 at 9.25.44 PM 1

Putrajaya, 15 Jun - MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) telah menerima Pelantikan 4 Ahli MAIWP yang baharu bagi menggantikan Ahli MAIWP terdahulu yang telah tamat tempoh perkhidmatan.

Majlis Penyerahan Surat Pelantikan kepada Ahli MAIWP yang baharu telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Haji Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Putrajaya.

Mendahului senarai Datuk Hajah Hakimah Mohd Yusoff, Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), yang telah diperkenankan pelantikan sebagai Timbalan Pengerusi MAIWP oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkuatkuasa 12 Mei 2022.

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong turut memperkenankan pelantikan Datuk Seri Hajah Rosida Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan sebagai Ahli MAIWP berkuatkuasa 12 Mei 2022.

Sementara itu, keanggotaan berdasarkan Akta 505, dua orang Ahli Ex-Officio telah dilantik atas kapasiti jawatan masing-masing iaitu Dato’ Sollehuddin Alyubi Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri yang telah dilantik sebagai Ahli MAIWP bagi mewakili YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara berkuatkuasa 1 Jun 2022.

Manakala Dato’ Anas Ahmad Zakie, Ketua Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang, Jabatan Peguam Negara, dilantik sebagai Ahli MAIWP bagi mewakili Peguam Negara berkuatkuasa 14 Mac 2022.

Dalam majlis tersebut, YB Menteri turut menyampaikan surat pelantikan dan amanat kepada semua Ahli MAIWP yang baharu agar bersama-sama membantu melonjakkan prestasi perkhidmatan MAIWP ke aras yang lebih tinggi.

Turut hadir pada majlis ini mewakili Pengerusi MAIWP Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Setiausaha MAIWP merangkap Pengarah JAWI, dan Encik Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

mini_WhatsApp_Image_2022-06-15_at_9.25.44_PM_1.jpegWhatsApp_Image_2022-06-15_at_9.25.40_PM_2.jpegWhatsApp_Image_2022-06-15_at_9.25.40_PM.jpegWhatsApp_Image_2022-06-15_at_9.25.42_PM_1.jpegWhatsApp_Image_2022-06-15_at_9.25.41_PM.jpegWhatsApp_Image_2022-06-15_at_9.25.42_PM.jpegWhatsApp_Image_2022-06-15_at_9.25.44_PM_1.jpegWhatsApp_Image_2022-06-15_at_9.25.44_PM.jpegWhatsApp_Image_2022-06-15_at_9.25.43_PM_1.jpegWhatsApp_Image_2022-06-15_at_9.25.43_PM.jpegWhatsApp_Image_2022-06-15_at_9.25.41_PM_1.jpegWhatsApp_Image_2022-06-15_at_9.25.40_PM_1.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!