"BERBALOI DENGAN RM150 MACAM-MACAM BOLEH BELI"

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2022 06 10 at 4.17.17 PM

PPR Intan Baiduri, 10 Jun - "Murahnya barang dekat MyGrocer, berbaloi dengan Bantuan Barangan Asasi berjumlah RM150.00 sebulan. Terima kasih MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan)".

Berikut antara gambaran yang sempat dirakam oleh pemberita media MAIWP ketika meninjau lokasi MyGrocer di PPR Intan Baiduri.

Barangan yang dijual lebih rendah berbanding harga pasaran dan pelbagai barangan boleh ditebus, antaranya; daging, ikan, ayam sayur dan barangan kering.

Daging tanpa lemak 800gram dengan harga RM15.00, sotong 1kg dengan harga RM15.00 dan ayam siap dipotong dijual RM10.00 sahaja.

Pastinya MAIWP sentiasa cakna dengan keadaan semasa dan nadi asnaf keutaman MAIWP.

Jangan ketinggalan mendapatkan barangan daripada lori bergerak MyGrocer.

Tebus bantuan yang dibeli semudah pilih, bayar melalui aplikasi Boost dan pulang.

Kepada penerima Bantuan Kewangan Bulanan yang masih belum mengaktifkan Aplikasi Boost untuk menuntut bantuan RM150.00 daripada MAIWP boleh melayari sosial media MAIWP, antaranya; Facebook maiwphq.

Pegawai MAIWP akan turun padang mengikut jadual yang dipaparkan di laman sosial untuk membantu anda menebus RM150.00 melalui Aplikasi Boost.

Terima kasih pembayar zakat, amanah anda kami tunaikan.

mini_WhatsApp_Image_2022-06-10_at_4.17.17_PM.jpegWhatsApp_Image_2022-06-10_at_4.16.39_PM_1.jpegWhatsApp_Image_2022-06-10_at_4.16.40_PM_1.jpegWhatsApp_Image_2022-06-10_at_4.16.39_PM.jpegWhatsApp_Image_2022-06-10_at_4.16.40_PM.jpegWhatsApp_Image_2022-06-10_at_4.17.17_PM.jpegWhatsApp_Image_2022-06-10_at_4.17.03_PM.jpegWhatsApp_Image_2022-06-10_at_4.16.47_PM.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!