PENDIDIKAN SINAR KEJAYAAN ASNAF

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2022 06 07 at 9.30.05 PM 2

UPNM, 3 Jun - MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan)  sentiasa menyokong inisiatif dan program yang memberi fokus kepada pendidikan anak-anak asnaf di Wilayah Persekutuan.

Melalui pelajaran, pastinya kehidupan asnaf dapat diubah di mana anak-anak ini bekerja dan membantu keluarga sekali gus mereka dapat keluar daripada kepompong kemiskinan.

Atas dasar tanggungjawab, MAIWP menyalurkan RM205,000.00 khusus untuk membantu mahasiswa dari kalangan anak-anak asnaf dan golongan B40 melalui Program Skim Prihatin Pendidikan Anak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (SPAW).

Perkara ini dinyatakan oleh Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP ketika Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Bagi Pembiayaan Skim Prihatin Pendidikan Anak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (SPAW) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Dewan Bestari UPNM, Jalan Hang Tuah, Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Inisiatif ini bakal dinikmati oleh 205 pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di UPNM. Besar harapan MAIWP apabila kejayaan mendampingi mahasiswa ini, mereka dapat membantu keluarga dan mengeluarkan zakat membantu golongan yang memerlukan.

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!