MANUSKRIP IIUM DIGITALKAN, IMBAUAN MAIWP

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2022 06 02 at 12.51.28 PM 

ISTAC-IIUM, 2 Jun – Demi melindungi khazanah Manuskrip IIUM (International Islamic University Malaysia) - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang bernilai ratusan tahun, MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) bersetuju menyalurkan RM320,000.00 yang merangkumi pembelian mesin pengimbas, ‘Microform Digitizer’ dan perisian demi melindungi khazanah negara ini.

Cadangan projek ini diaspirasikan oleh Dato’ Sri Syed Hussein Al-Habshee, Mantan Pengerusi MAIWP untuk mendigitalkan manuskrip di Perpustakaan Dar Al-Hikmah dan Perpustakaan Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang dibentangkan cadangannya pada 5 Oktober 2021.

Manuskrip IIUM adalah bahan yang rapuh dan mudah rosak dan melalui dana ini lebih 24,149 judul dan 6,046,750 muka surat bakal digitalkan agar ia dapat memberi manfaat kepada seluruh masyarakat, khususnya kepada masyarakat Islam sejagat.

Replika cek telah disampaikan oleh Ahmad Saifuddin Md Tahir @Twahir, Pengurus Bahagian Pembangunan Asnaf mewakili Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Encik Mohd Nizam Haji Yahya kepada Prof. Dr. Ahmad Faris, Timbalan Rektor Akademik & Pengantarabangsaan IIUM mewakili Rektor IIUM di ISTAC-IIUM (International Institute Of Islamic Thought And Civilisation - International Islamic University Malaysia), Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Hadir sama menyaksikan simbolik penyerahan, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP, merangkap Presiden IIUM dan Dato’ Sri Syed Hussein Al-Habshee, Mantan Pengerusi MAIWP.

 

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!