DAR ASSAADAH DALAM RADAR KPWKM

Saiz Tulisan :
Admiror Gallery cannot create thumbnails in /var/www/maiwp.gov.my/i/plugins/content/admirorgallery/admirorgallery/thumbs/berita/2022/30052022/.
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08

mini WhatsApp Image 2022 05 30 at 7.38.01 PM

Kuala Lumpur, 30 Mei - Dar Assaadah MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) ditubuhkan bertujuan memberi perlindungan dan pemulihan kepada wanita yang terkhilaf dalam memilih hala tuju kehidupan dan satu nafas baru bakal dilalui pelatih di sini.

Selain memberi perlindungan tempat tinggal sementara, Dar Assaadah MAIWP juga memberi bimbingan agama, akhlak serta memberi kemahiran holistik dan peluang kepada mereka untuk memulakan kehidupan baru.

Para pelatih turut diberi pendedahan latihan dalam bidang kecantikkan, pertanian dan perubatan agar mereka dapat mempelajari tips kepada punca pendapatan.

Perkara ini diketengahkan oleh YB Dato' Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff, Timbalan Menteri pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat (KPWKM) ketika mengadakan lawatan ke Dar Assaadah MAIWP.

Beliau turut berharap kerjasama antara Dar Assaadah MAIWP dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dapat dijalinkan agar kehidupan pelatih dapat dibantu.

Pada sesi lawatan ini, YB Dato' Menteri turut berkesempatan menyertai para pelatih dan tetamu jemputan untuk program selingan iaitu membuat kek.

Hadir sama Profesor Dr. Roslan Mohd Nor, Pengerusi Jawatankuasa Dar Assaadah MAIWP merangkap Ahli MAIWP dan Encik Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!