MAIWP ASNAF BERPISAH TIADA

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2022 05 26 at 2.51.07 PM

Putrajaya, 26 Mei - Seramai 112 asnaf diraikan dalam Majlis Semarak Syawal bersama Asnaf MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) Cawangan Putrajaya Tahun 2022 di Putrajaya.

Mereka terdiri daripada penerima Bantuan Kewangan Bulanan dengan disajikan pelbagai juadah yang sinonim pada pagi raya, iaitu; sate, lemang , rendang, nasi impit dan kuih-muih.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP dengan diiringi oleh Encik Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

Asnaf yang diraikan turut menerima sebuah beg cenderahati yang mengandungi kek, kerepek dan sejadah.

Mereka turut dimaklumkan mengenai bantuan terbaru MAIWP Kasih Asnaf- Zero Hunger khusus buat penerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP.

Para penerima Bantuan Kewangan Bulanan juga disaran menyemak dan mengemaskini maklumat peribadi mereka bagi memudahkan penyenaraian sebagai penerima bantuan barangan asasi tersebut.

mini_WhatsApp_Image_2022-05-26_at_2.51.07_PM.jpegWhatsApp_Image_2022-05-26_at_2.51.05_PM_1.jpegWhatsApp_Image_2022-05-26_at_2.51.04_PM.jpegWhatsApp_Image_2022-05-26_at_2.51.00_PM.jpegWhatsApp_Image_2022-05-26_at_2.51.03_PM.jpegWhatsApp_Image_2022-05-26_at_2.51.04_PM_1.jpegWhatsApp_Image_2022-05-26_at_2.51.02_PM.jpegWhatsApp_Image_2022-05-26_at_2.51.05_PM.jpegWhatsApp_Image_2022-05-26_at_2.51.06_PM_1.jpegWhatsApp_Image_2022-05-26_at_2.51.06_PM.jpegWhatsApp_Image_2022-05-26_at_2.51.57_PM.jpegWhatsApp_Image_2022-05-26_at_2.51.07_PM.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!