'CENDOL PADU' MAIWP
Putrajaya, 24 Mei - Warga Hal Ehwal Agama, Jabatan Perdana Menteri sanggup beratur di tengah panas demi mendapatkan secawan 'cendol padu' Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Cendol yang menggunakan ramuan asli ini mempersembahkan kelazatan tersendiri dan dapat menghilangkan dahaga pada waktu panas, terutamanya sempena sambutan hari raya ini.
Selain cendol, MAIWP turut menyajikan juadah nasi lemak ketika Majlis Sambutan Hari Raya Agensi di bawah Hal Ehwal Agama Jabatan Perdana Menteri yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Majlis sambutan ini telah dirasmikan oleh YB Senator Tuan Haji Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Turut hadir timbalan Menteri Agama, Datuk Ahmad Marzuk Shaary, ketua-ketua agensi dan warga agensi di bawah JPM HEA.