PELAJAR DARUL KIFAYAH SELANGKAH LAGI KE IPT

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2022 05 22 at 3.32.18 PM 1

Darul Kifayah, 23 - Buat julung kalinya seramai 50 pelajar lepasan SPM 2021 Darul Kifayah (MAIWP) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menyertai Program Selangkah ke IPT anjuran MAIWP di Kompleks Darul Kifayah, Batu Muda, Kuala Lumpur.

Program ini dijayakan hasil kolaborasi bersama daripada pelbagai institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk memandu para pelajar memilih hala tuju yang bakal ditempuh, antaranya; Kolej Profesional Baitulmal (KPBKL), Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS, Institut Kemahiran Baitulmal (IKB), MARA, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Kolej Islam Antarabangsa (IIC), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Akademi Latihan Kulinari Dato’ Chan, Akademi Usahawan Muda Islam (AIMI) dan Institut Pengajian Al-Quran (IPAQ).

Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP ketika merasmikan majlis penutup Sambutan Aidilfitri dan Penutup Program Selangkah ke IPT 2022M/1443H anjuran Darul Kifayah MAIWP pada hari ini.

Beliau berkata melalui idea seperti ini, dan yakin bahawa anak-anak ini mampu memutuskan rangkaian kemiskinan dan keluar dari kepompong kemiskinan.

Tambah beliau lagi keyakinan para pelajar juga dapat dicungkil dan bersedia untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

MAIWP akan terus merangka pelbagai program dan aktiviti untuk merealisasikan misi dan visi MAIWP agar kehidupan para asnaf dapat diubah terutamanya dalam medium pendidikan.

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!