BISKUT USAHAWAN ASNAF DISERBU DI JPM
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
Putrajaya, 18 Mei - Biskut keluaran usahawan asnaf Baitulmal (MAIWP) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Puan Norul Huda Abdul Hadi diserbu ketika Majlis Sambutan Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Puspanitapuri Putrajaya.
Norul Huda pemilik 'Famous Shukulate Cookies' mendapat sokongan padu dan bantuan MAIWP untuk terus maju kehadapan.
Berkat usaha dan bantuan wang zakat, kini beliau mampu menjana pendapatan RM5,000 sebulan.
YAB Dato Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri, turut menerima 1 set produk keluaran 'Famous Shukulate'.
Encik Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP dan Encik Mahadi Sukarno, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP turut hadir memeriahkan majlis ini.
MAIWP turut menyerikan majlis dengan membuka gerai bersama Agensi Hal Ehwal Agama, JPM di bawah YB Senator Datuk Idris bin Ahmad yang menyajikan 'Cheese Cupcake', laksa, pelbagai jenis air termasuk biskut raya keluaran usahawan asnaf MAIWP.