MAIWP ANTARA TERAWAL SALUR BANTUAN DI JANDA BAIK

Saiz Tulisan :

 mini WhatsApp Image 2022 05 12 at 19.30.27

Bentong, 12 Mei -  Lebih 42 keluarga terpaksa berpindah ke lokasi selamat selepas beberapa perkampungan di Janda Baik dilanda banjir kilat akibat hujan berterusan sejak malam 11 Mei 2022 sehingga ke pagi hari.

Antara kampung terjejas teruk dalam kejadian jam 5.30 pagi itu termasuklah Kampung Sum Sum, Kampung Pulau Santap dan Kampung Chemperoh.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 5.27 pagi dan usaha menyelamat dan memindahkan mangsa.

Sejurus menerima perkhabaran duka, Skuad Cuci-cuci MAIWP (SCCM) siap sedia ke lokasi Surau At-Taqwa, Kampung Chemperoh yang telah  dibanjiri air dan lumpur. 

Turut terjejas teruk dua  buah tahfiz 

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) antara agensi terawal tiba menghulurkan bantuan kepada penduduk setempat membersihkan kawasan yang terjejas terutamanya sekitar surau terbabit.

Melalui tinjauan, kejadian musibah kali ini dilihat lebih buruk berbanding musibah pada bulan Januari lalu.

SCCM turut menyalurkan 50 set bantuan keperluan makanan asas kepada pihak surau untuk diagihkan kepada mangsa melalui sumbangan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan MAIWP dan MAIWP Dagang.

Tahniah Skuad Cuci - cuci MAIWP

mini_WhatsApp_Image_2022-05-12_at_19.30.27.jpegWhatsApp_Image_2022-05-12_at_19.30.25.jpegWhatsApp_Image_2022-05-12_at_19.30.25_1.jpegWhatsApp_Image_2022-05-12_at_19.30.26_2.jpegWhatsApp_Image_2022-05-12_at_19.30.26_1.jpegWhatsApp_Image_2022-05-12_at_19.30.26.jpegWhatsApp_Image_2022-05-12_at_19.30.29_2.jpegWhatsApp_Image_2022-05-12_at_19.30.29.jpegWhatsApp_Image_2022-05-12_at_19.30.27_1.jpegWhatsApp_Image_2022-05-12_at_19.30.27.jpegWhatsApp_Image_2022-05-12_at_19.30.27_2.jpegWhatsApp_Image_2022-05-12_at_19.30.28_2.jpegWhatsApp_Image_2022-05-12_at_19.30.28.jpegWhatsApp_Image_2022-05-12_at_19.30.29_1.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!