RM35.7 JUTA DIAGIH RAMADAN 1443H

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2022 04 28 at 21.21.14 2

Kuala Lumpur, 28 April - “Sebanyak RM35.7 juta diagihkan sepanjang bulan Ramadan 1443H melalui pelbagai medium agihan bagi menyantuni dan membantu asnaf menjalani ibadah puasa dan menyambut lebaran.”

Bantuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang disalurkan, adalah; Bantuan Ihya Ramadan RM9.46 juta, Bantuan Awal Ramadan RM9.09 juta, Sumbangan Tabung Kebajikan Perubatan Hospital RM1.03 juta, Bantuan Aidilfitri RM15.3 juta, Program Ramadan bersama Komuniti 8 siri RM82,800 dan Program Agihan Ayam Segar kepada Asnaf RM758,000.

Perkara ini dinyatakan oleh YB Senator Datuk Haji Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada Majlis Iftar Bersama Asnaf di Dewan Merak Kayangan, Felda D`Saji, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

YB Menteri ketika ditemui berkata:

“Bagi tahun 2022 MAIWP menyasarkan kutipan zakat berjumlah RM1 Billion, berdasarkan agihan zakat yang kian rancak terutamanya misi MAIWP untuk mengeluarkan asnaf dari kepompong kemiskinan.”

Pada program tersebut YB Menteri turut menyampaikan Bantuan Aidilfitri bernilai RM24.4 juta dan RM200.00 tunai kepada 150 asnaf melalui sumbangan dana wakalah individu dan syarikat Naza Group Of Companies melalui Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin.

Disamping bantuan tunai, MAIWP turut menyampaikan sumbangan berbentuk biskut raya dan makanan sunnah dan Yayasan EZY Prihatin sebagai rakan strategik dalam program ini.

Turut hadir Encik Mohd Nizam Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Esekutif MAIWP, Encik Haji Abdul Hakim Amir Osman, Ketua Pegawai Esekutif PPZ-MAIWP, Encik Mahadi Sukarno, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP.

mini_WhatsApp_Image_2022-04-28_at_21.21.14_2.jpegWhatsApp_Image_2022-04-28_at_21.30.20_1.jpegWhatsApp_Image_2022-04-28_at_21.30.20.jpegWhatsApp_Image_2022-04-28_at_21.30.19_2.jpegWhatsApp_Image_2022-04-28_at_21.30.19_1.jpegWhatsApp_Image_2022-04-28_at_21.30.19.jpegWhatsApp_Image_2022-04-28_at_21.30.18.jpegWhatsApp_Image_2022-04-28_at_21.23.27.jpegWhatsApp_Image_2022-04-28_at_21.30.18_1.jpegWhatsApp_Image_2022-04-28_at_21.23.27_1.jpegWhatsApp_Image_2022-04-28_at_21.23.26_1.jpegWhatsApp_Image_2022-04-28_at_21.23.26.jpegWhatsApp_Image_2022-04-28_at_21.23.25.jpegWhatsApp_Image_2022-04-28_at_21.23.23.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!