1/8 HINGGA 1/2 WAKALAH ZAKAT DIAGIH PEMBAYAR ZAKAT

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2022 04 28 at 21.21.11 2 

Majlis Iftar Bersama Asnaf, wakil agensi dan syarikat-syarikat yang membuat bayaran zakat perniagaan turut diraikan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di sini hari ini.

Pada majlis tersebut MAIWP menerima zakat perniagaan daripada lima syarikat gergasi berjumlah RM18.7 juta.

Antara syarikat yang diraikan ialah Bank Islam Malaysia Berhad, Koperasi Permodalan Felda Malaysia 2 Bhd, Kumpulan Sapura Secured Technologies, Lembaga Tabung Haji dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia.

Wakil syarikat menerima Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat bagi kategori Platinum dan Emas sebagai tanda penghargaan dan akuan menunaikan zakat perniagaan di Wilayah Persekutuan.

Sebagai tanda penghargaan MAIWP, sijil penghargaan atas sumbangan dana wakalah turut disampaikan kepada barisan pemegang wakalah iaitu Malakof Corporation Berhad, Naza Group Of Companies melalui Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin, Yayasan EZY Prihatin dan dana wakalah individu yang memberi sumbangan wang tunai dan makanan sepanjang pelaksanaan Program Ramadan MAIWP 1443H Bersama Komuniti dengan jumlah sebanyak RM177,070.

Kelebihan buat pembayar zakat di Wilayah Persekutuan adalah, melalui jumlah zakat yang dibayar, sebanyak 37.5% bagi pembayaran zakat RM1 juta dan ke bawah dan 50% bagi pembayaran zakat RM 1 juta ke atas akan dikembalikan semula kepada pembayar zakat untuk diagihkan sendiri kepada asnaf menerusi dana yang dikenali sebagai dana wakalah zakat.

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!