MAIWP PRIHATIN SANTUNI ASNAF
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
Cheras, 28 April – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) meraikan asnaf pada Program Kembara Ramadan yang telah diadakan di Masjid Azzubair Ibnul Awwam, Cheras Kuala Lumpur.
Program Kembara Ramadan Prihatin adalah salah satu inisiatif aktiviti bulan Ramadan dengan menyantuni asnaf.
Pada program tersebut sumbangan baju raya dan wang tunai dikhususkan kepada penunggang e-hailing, Pertubuhan Badan Amal Warga Asnaf Malaysia (BAWA) dan Rumah Titian Kaseh.
Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, menyantuni mereka dengan disaksikan oleh Dato’ Mohd Aizuddin Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN.
MAIWP dan PRIHATIN menyasarkan melalui kolaborasi seperti ini lebih banyak program dapat direncanakan untuk membantu meringankan beban asnaf di Wilayah Persekutuan.