LNPT WARGA MAIWP DINILAI MENYELURUH
Kuala Lumpur, 27 April - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sedang meneliti untuk mengubah sistem Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT), sebelum ini dinilai oleh pegawai atasan, dan bakal dinilai secara menyeluruh.
Walau bagaimanapun, perkara ini masih dalam peringkat kajian dan penelitian kepada pegawai yang akan dinilai secara 360 darjah; meliputi pengurusan peringkat atasan, rakan sejawatan dan kakitangan bawahan.
Perkara ini ditekankan oleh Encik Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP ketika menyampaikan amanat sempena Majlis Perhimpunan Bulanan April di Dewan Seminar MAIWP.
Tambah beliau, penambahbaikan penilaian LNPT bertujuan mendidik warga MAIWP untuk lebih efisyen dan dinilai dengan lebih adil berdasarkan perkhidmatan mereka.
Jika menjadi kenyataan mula dijalankan pada tahun 2023.
Perubahan dilakukan demi keseragaman pemarkahan dinilai lebih telus dan adil.
Pada majlis tersebut 4 pegawai diraikan dengan Anugerah Pegawai Berprestasi Bulanan.