PELATIH IKB TERIMA DUIT RAYA MAIWP
Cheras, 26 April - Seramai 185 pelajar Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) menerima sumbangan duit raya daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan jumlah peruntukkan RM55,500.00.
Setiap pelajar menerima RM300.00 tunai bertujuan membantu mereka membeli kelengkapan raya sempena syawal 1443H.
Sumbangan telah disampaikan oleh Encik Mohd Fauzi Abidin, Pengurus Bahagian Pembangunan Insan MAIWP sempena Majlis Iftar dan khatam Al-Quran IKB bagi tahun 2022.
Encik Mohd Fauzi dalam ucapannya berkata:
“Pelajaran merupakan kunci kejayaan asnaf dan melalui pelajaran golongan asnaf dapat keluar dari kepompong kemiskinan.”
Para pelajar yang hadir turut dijamu KFC sumbangan QSR Brand.
Majlis turut diserikan dengan Majlis Khatam Al Quran dan tazkirah.