PELATIH IKB TERIMA DUIT RAYA MAIWP

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2022 04 26 at 23.18.59

Cheras, 26 April - Seramai 185 pelajar Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) menerima sumbangan duit raya daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan jumlah peruntukkan RM55,500.00.

Setiap pelajar menerima  RM300.00 tunai bertujuan membantu mereka membeli kelengkapan raya sempena syawal 1443H.

Sumbangan telah disampaikan oleh Encik Mohd Fauzi  Abidin, Pengurus Bahagian Pembangunan Insan MAIWP sempena Majlis Iftar dan khatam Al-Quran IKB bagi tahun 2022.

Encik Mohd Fauzi dalam ucapannya berkata:

“Pelajaran merupakan kunci kejayaan asnaf dan melalui pelajaran golongan asnaf dapat keluar dari kepompong kemiskinan.”

Para pelajar yang hadir turut dijamu KFC sumbangan QSR Brand.

Majlis turut diserikan dengan Majlis Khatam Al Quran dan tazkirah.

mini_WhatsApp_Image_2022-04-26_at_23.18.59.jpegWhatsApp_Image_2022-04-26_at_23.19.00_1.jpegWhatsApp_Image_2022-04-26_at_23.18.59.jpegWhatsApp_Image_2022-04-26_at_23.19.00.jpegWhatsApp_Image_2022-04-26_at_23.19.00_2.jpegWhatsApp_Image_2022-04-26_at_23.19.01_1.jpegWhatsApp_Image_2022-04-26_at_23.18.56.jpegWhatsApp_Image_2022-04-26_at_23.18.59_1.jpegWhatsApp_Image_2022-04-26_at_23.19.02.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!