PROGRAM RAMADAN MAIWP 2022 MELABUHKAN TIRAI

Saiz Tulisan :

mini WhatsApp Image 2022 04 26 at 14.12.55 

Putrajaya, 26 April - Program penutup kepada Siri Program Ramadan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2022 yang dianjurkan dengan kerjasama PPZ-MAIWP, melibatkan rakan-rakan strategik pembayar zakat MAIWP diraikan sebentar tadi.

Seramai 40 asnaf Putrajaya dipilih sebagai pelengkap siri ke-8 Program Ramadan MAIWP tahun 2022.

Setiap asnaf menerima wang tunai RM200.00 seorang dari dana wakalah zakat MAIWP.

Simbolik Penyerahan Replika Cek Penerima Bantuan Tunai berjumlah RM8,000.00 dan Bantuan Ihya Ramadan berjumlah RM12,500.00 disampaikan oleh Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Setiausaha MAIWP merangkap Pengarah JAWI kepada wakil asnaf dan Pengerusi Surau Putra Al-Amin, Putrajaya.

Datuk Haji Mohd Ajib dalam ucapannya berkata:

“Pelbagai aktiviti bersama golongan masyarakat telah diadakan; dimulakan dengan program ramah mesra bersama golongan gelandangan di Rumah Transit Gelandangan, meraikan anak-anak OKU, menyantuni pelajar-pelajar tahfiz, anak-anak yatim dan ziarah asnaf penerima Bantuan Zakat MAIWP”.

Datuk Haji Mohd Ajib diiringi Haji Abdul Hakim Amir Osman, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP dan Encik Mahadi Sukarno, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP berpeluang melawat dan menyampaikan sumbangan kepada Dr. Hajah Hariati Jamil, Timbalan Pengarah (Perubatan) Hospital Putrajaya.

Sumbangan makanan segera turut disampaikan kepada pesakit Hospital Bersalin Berisiko Rendah Putrajaya.

Pastinya pelbagai program bakal direncanakan MAIWP dalam menyemarakkan program Ramadan MAIWP untuk tahun 2023.

Terima kasih pembayar zakat, amanah anda MAIWP laksanakan.

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!