PENDEKATAN BAHARU DALAM KELESTARIAN UMMAH DARI PERSPEKTIF NGO

Saiz Tulisan :

 mini WhatsApp Image 2022 04 22 at 22.47.36

Kuala Lumpur, 22 April – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menganjurkan Persidangan Meja Bulat bersama 28 NGO (Non-Govermental Organization) - Pertubuhan bukan kerajaan, peringkat Wilayah Persekutuan dan hasil resolusi dibentang bermatlamat menyantuni golongan miskin bandar.

Tan Sri Dato' Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman, Ahli MAIWP berkata demikian setelah membentang 17 resolusi dan ia bakal diperhalusi sebelum dilaksanakan dalam masa terdekat.

Tambah beliau, Resolusi ini penting untuk menilai dan mengenal pasti punca kemiskinan bandar dengan lebih dekat melalui pandangan yang dilontarkan oleh NGO terutamanya selepas negara dilanda wabak Covid-19.

Antara resolusi yang dibentangkan, adalah; mewujudkan pangkalan data penerima bantuan berpusat (Big Data Analytic) yang boleh dicapai semua agensi dan NGO agar bantuan dapat diselaraskan.

Resolusi itu turut menyatakan agar tahap kemiskinan dikaji semula daripada pelbagai dimensi dan diukur berdasarkan jumlah pendapatan keluarga.

Draf resolusi yang dibentangkan ini akan diharmonikan di peringkat pengurusan MAIWP sebelum dipanjangkan kepada NGO yang terlibat.

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!