MAIWP SUNTIK RM15,000.00 BANTU PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF AL BARAKH
Keramat, 21 April - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyuntik dana berjumlah RM15,000.00 kepada Pertubuhan Asnaf Al Barakh yang terletak di Taman Sepakat AU3, Keramat, Kuala Lumpur.
Dalam pada masa yang sama, 43 anak yatim daripada pertubuhan ini turut menerima Wang Tunai RM200.00 setiap seorang dan pek makanan sunnah sumbangan MAIWP.
Bantuan disalurkan bertujuan membantu meringankan beban untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Sumbangan telah disampaikan oleh Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP di perkarangan rumah kebajikan tersebut.
Turut hadir mengiringi beliau, Encik Anwar Syahrin Ajib, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Malakoff Corporation Berhad dan Tuan Haji Azrin Dato’ Haji Abdul Manan, Pengurus Besar Kanan Sumber Manusia, PPZ-MAIWP.
Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) melalui dana wakalah MAIWP, tidak ketinggalan menyampaikan sumbangan daripada Malakoff Corporation Berhad iaitu RM5,000 kepada Pertubuhan Asnaf Al Barakh, wang tunai RM100 untuk setiap anak yatim berserta makanan dengan jumlah sumbangan RM18,000.00.
Manakala melalui sumbangan CSR syarikat, Faizah Sdn Bhd telah menyumbang 40 kampit beras 5kg dan PPZ-MAIWP turut menyumbang makanan segera kepada rumah kebajikan tersebut.
Senyuman anak-anak yatim sempat dirakam lensa kami dan semoga orang ramai dan badan korporat yang ingin mengukir senyuman melalui sumbangan mereka boleh berbuat demikian dengan menunaikan zakat di PPZ-MAIWP, MAIWP akan agihkan kepada mereka yang memerlukan.