UJIAN BUAT 3 GENERASI
Zainoris Ibrahim berusia 45 tahun, menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis kronik.
Kaki kirinya telah dipotong dari paras bawah lutut pada 12 Mac 2022.
Beliau diuji sekali lagi apabila anaknya berusia 6 tahun disahkan menghidap sakit Hidrocephalus / lebihan cecair dalam kepala.
Lebih menyedihkan apabila bapanya berusia 70 tahun menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan masalah buah pinggang kronik dan menjalani rawatan dialisis.
Atas dasar tanggungjawab MAIWP bersama-sama PPZ-MAIWP menyantuni keluarga ini dan beberapa bantuan diluluskan bergantung kepada kiraan had kifayah dan syarat wajib yang telah ditetapkan.
Persalinan Baju Raya daripada Jakel turut diberikan kepada keluarga ini sumbangan Dana Wakalah MAIWP.
Terima kasih pembayar zakat, Amanah Anda MAIWP laksanakan.