HANYA RM250 SARA 8 BERANAK
Muhammad Saiful Hadi Azizan berusia 29 tahun menyewa rumah di Kampung Chubadak, Sentul, Kuala lumpur.
Sumber pendapatan beliau RM 1,000.00 sebulan sebagai pembantu berniaga di pasar malam.
Penderitaan keluarga, mendapat perhatian kerana 3/4 daripada gajinya digunakan untuk membayar sewa rumah berjumlah RM750.00 sebulan.
Berbakikan RM250.00 digunakan menanggung isteri dan 6 orang anak.
Bekalan air dipotong sejak Jun 2020, manakala elektrik dipotong pada Disember 2020.
Hari ini beliau menerima kunjungan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sempena Program Ziarah Ramadan.
MAIWP meluluskan beberapa bantuan bedasarkan syarat dan had kifayah yang telah ditetapkan.
Sumbangan Duit Raya daripada MAIWP dan PPZ-MAIWP telah disampaikan oleh Encik Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.
Hadir sama pada program ini Encik Mahadi Sukarno, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP dan Encik Mohammed Hassan, Timbalan Ketua Pegawai Elsekutif (Operasi) PPZ-MAIWP.