MAIWP DAN FAMA SANTUNI ASNAF
Selayang, 15 April – Bersempena Bulan Ramadan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) jalin kerjasama bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mendekati asnaf melalui dana yang disuntik MAIWP berjumlah RM15,000.00.
Replika cek telah disampaikan Encik Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP kepada Dato' Zainal Abidin Yang Razalli, Ketua Pengarah Fama.
Melalui dana tersebut, FAMA akan menyantuni seramai 90 asnaf di Wilayah Persekutuan secara berperingkat dan menyumbang bakul makanan yang terdiri daripada makanan kering seperti biskut, mihun, kordial dan sebagainya.