PENYERAHAN MOTOSIKAL OKU BERNILAI RM11,595.00

Saiz Tulisan :

 

mini WhatsApp Image 2022 04 14 at 15.18.28 1

Puan Zarina Abu Safian bersyukur atas Bantuan Motosikal yang diterima hasil sumbangan MAIWP dan Pembayar Zakat di Wilayah Persekutuan.

Penantian untuk mengembangkan jualan perniagaan kuihnya kini dapat direalisasikan melalui Bantuan Motosikal Bernilai RM11,595.00.

Beliau merupakan seorang ibu tunggal dikurniakan dua cahaya mata berusia 10 tahun dan 9 tahun dengan pendapatan bulanan sekitar RM900.00 sebulan hasil jualan kuih di Setapak Jaya.

Puan Zarina amat bersyukur kerana beliau merupakan penerima Bantuan Bulanan daripada MAIWP sejak tahun 2018 hingga kini.

Bantuan ini telah disampaikan oleh Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP disaksikan oleh Encik Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

Terima Kasih Pembayar Zakat, Amanah Anda Kami Laksanakan

mini_WhatsApp_Image_2022-04-14_at_15.18.28_1.jpegWhatsApp_Image_2022-04-14_at_15.18.28_2.jpegWhatsApp_Image_2022-04-14_at_15.18.27.jpegWhatsApp_Image_2022-04-14_at_15.18.28.jpeg


AdmirorGallery 5.0.0, author/s Vasiljevski & Kekeljevic.
Secured & Audited by: Security Audit Systems
FaLang translation system by Faboba