GOLONGAN KURANG UPAYA - PORTFOLIO MAIWP
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
Kuala Lumpur 14 April – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada hari ini menyantuni Orang Kurang Upaya (OKU) yang mana ia merupakan salah satu portfolio MAIWP untuk membantu golongan ini mendapatkan rawatan sewajarnya.
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memainkan peranan penting untuk mengenal pasti kedudukan dan bantuan yang sewajarnya diberikan dan ini merupakan maklumat penting buat MAIWP sebelum gerak kerja dijalankan.
Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP berkata pada hari ini kerjasama antara MAIWP dan Persatuan Dyslexia Malaysia (DPM) membuktikan keprihatinan MAIWP dalam membantu segenap lapisan komuniti khususnya di Wilayah Persekutuan melalui maklumat yang telah disampaikan oleh NGO.
MAIWP telah menyampaikan bantuan RM10,000.00 dan sumbangan wang tunai RM200.00 kepada 100 pelajar termasuk hamper barangan makanan sunnah dan biskut.
Replika Cek disampaikan oleh Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar kepada Puan Aziun Khaleelah Haron, Presiden Persatuan Dyslexia Malaysia.
Sumbangan kewangan turut diberikan kepada Persatuan dan 75 orang pelajar daripada PPZ-MAIWP melalui dana wakalah Individu En Mohamad Safri Shahul Hamid berjumlah RM12,500 dan dana wakalah syarikat Malakoff Corporation berjumlah RM7,500 serta 75 pek makanan kering.
Selain itu, seramai 10 orang pelajar dari Pusat ini turut dibantu melalui Bantuan Khas Kanak-kanak OKU.
Bantuan yang disalurkan untuk bertujuan untuk membantu bayaran yuran tahunan dan yuran bulanan untuk sesi terapi yang dianggarkan antara RM500.00 hingga RM1,500.00 sebulan bagi setiap seorang pelajar.
Sehingga Februari 2022, melalui skim bantuan ini MAIWP telah membantu seramai 103 orang penerima dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM88,650.00.
Sehingga kini, MAIWP telah menyalurkan bantuan RM1.34 juta kepada 37 buah NGO yang membantu pembelajaran dan aktiviti OKU sepanjang 2019 sehingga 2022.
Turut hadir Encik Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.