BUSTANUL QURAN TERIMA SUMBANGAN MAIWP
Batu, 12 April - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyalurkan Bantuan Institusi Tahfiz berjumlah RM15,000.00 kepada Maahad Tahfiz Bustanul Quran, Taman Wahyu, Batu, Kuala Lumpur.
Bantuan disampaikan oleh Dr. Yusri Muhammad, Ahli MAIWP kepada Dato' Haji Wan Mohammad Ghazali Nor, Pengerusi Maahad Tahfiz Bustanul Quran, PPR Taman Wahyu, Batu, Kuala Lumpur.
Bantuan Institusi Tahfiz disalurkan bertujuan membantu organisasi yang tidak berorientasikan keuntungan (NPO) bagi menjalankan aktiviti dakwah, kebajikan dan sosial.
Manakala melalui Dana Wakalah MAIWP, Malakof Corporation Berhad menyalurkan sumbangan tambahan RM5,000.00 kepada Maahad Tahfiz tersebut, dan wang tunai RM200 setiap orang tahfiz.
Barangan hamper dan beras turut diberikan hasil sumbangan Faiza Sdn Bhd.
Selain itu, Yayasan EZ Prihatin turut menyumbangkan barangan basah.
Maahad Tahfiz Bustanul Quran ditubuhkan bertujuan mendidik anak-anak dengan ilmu dan tarbiah pendidikan Islam terutamanya di kalangan golongan asnaf, anak yatim dan miskin yang tinggal di perumahan awam PPR dan sekitar Kuala Lumpur.