MAIWP BANTU SISWA B40 UIAM
Gombak, 11 April - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) meluluskan sumbangan sebanyak RM200,000.00 membantu mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dari golongan asnaf B40 dan bermastautin di Wilayah Persekutuan.
Sumbangan ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP kepada Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dzulkifli Abd Razak, Rektor IIUM dan disaksikan oleh Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Presiden UIAM merangkap Pengerusi MAIWP.
Memacu Kegemilangan Ummah